Dalam erti kata lain, seorang pencuri akan kenal pencuri. Orang yang
baik akan cenderung kat orang yang baik. Orang-orang yang periang akan
berada dalam kelompok orang-orang yang periang. Entri ini sedikit
sebanyak ada kesinambungan juga dengan entri silam, iaitu Tidak pernah
bertemu, bisakah mengenal?
Perkara ini basic. Ada orang boleh rapat dengan orang-orang
tertentu sebab mereka dapat kenal orang-orang yang sama ataupun satu
kepala dengan mereka.
Apa yang bestnya dengan kemampuan mengenal ini adalah, anda
tak akan kisah apabila orang lain di luar sana tak fahami diri anda,
susah nak berinteraksi ataupun selalu mempunyai masalah (have issues) dengan diri anda. Sebab anda tahu tak semua orang macam itu.
Itupun kalau anda jumpa that special someone(s). Bagi orang-orang yang masih tak jumpa orang-orang yang sama 'wavelength'
dengan diri mereka, memang hidup akan susah sedikit. Rasa pelik. Serba
salah nak hadapi hidup. Apa-apa pun saya doakan kalian dapat menjumpai
orang-orang tersebut.
Bagi saya, kalaulah seluruh dunia membenci kamu, tapi ada seorang
yang masih tetap percaya kamu, itupun dah memadai. (walaupun sebenarnya
cukuplah Allah bagi kita)
Perasaan adanya orang-orang yang mempercayai kita itu best. Ada sense of belonging. Itu yang sampai orang boleh keluarkan kata-kata seperti, "tempat aku kat sini."
Lagi satu perkara yang best adalah, mengenal orang ini
membawa keseronokan. Katakanlah anda tahu kewujudan A dan B, dan mereka
ini anda dapat rasakan satu kepala dengan anda. Tapi apabila anda cerita
pada orang lain, mereka langsung tak kenal, tak nampak potensi yang ada
pada A dan B ini. Hanya anda sahaja yang nampak potensi A dan B, sebab
kemungkinan besar A dan B pun macam diri anda sendiri jugak, itulah
sebabnya anda cenderung pada A dan B. Dan suatu masa nanti, bila
terbuktilah A dan B ni potensi mereka terealisasi, anda rasa puas dan
seronok sebab pandangan anda tak salah. Ataupun anda kenal dengan orang
lain yang nampak potensi A dan B - itupun sebenarnya boleh buat anda
rasa puas.
Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Hanya orang-orang yang mempunyai pengetahuan tahu membezakan
orang-orang yang benar ataupun orang-orang yang salah. Kadang-kadang ada
orang sampai pernah cakap,
"Orang-orang yang tahu, akan mampu mengenal orang-orang yang bodoh,
tapi orang-orang yang bodoh tak akan dapat mengenal orang-orang yang
tahu"
Kata-kata ni bukan nak buat anda riak. Kalau anda rasa anda boleh
membezakan orang-orang yang benar ataupun orang-orang yang salah,
baguslah kalau macam tu. Tapi dalam masa yang sama pupuk rasa rendah
diri. Sebab boleh jadi kita sekarang ni yang bodoh dalam sesetengah
perkara, dan kebodohan kita itu memang sangatlah jelas kelihatan di
hadapan orang-orang yang mengetahui. Dan kita tak sedar. Faham tak?
Bahawa akan sentiasa ada orang yang lebih mengetahui daripada kita.
Sebab bukan apa. Misalnya, Mungkin ada orang gelabah pergi depan anda cerita pasal macamana seorang lelaki yang mempunyai body tough sebab bodybuilding jadi pasti ramai awek suka. Ataupun bagi perempuan, kawan anda pergi depan anda cerita pasal make-up itu ini, nak kasi cantik supaya lelaki-lelaki akan pandang anda.
Berdasarkan apa yang anda tahu, orang yg lebih kuat tu adalah orang
yang dapat tahan marah dia. Membina kekuatan tubuh badan, fizikal tu
bagus tapi bukanlah untuk aweks tapi sebab Allah lebih suka mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah.
Make-up atau berhias, adalah sepatutnya untuk suami, bukan
untuk balak-balak di luar sana. Ok mungkin asal-asalnya anda bolehlah
buat muka selenga dengar perbualan tersebut, sebab anda tahu mereka ni
orang-orang yang tak faham, keadaan sekeliling yang menjadikan mereka
jahil. Tapi bila anda pula jadi 'target' mereka sebab tak sama
prinsip dengan mereka, ianya akan membuat anda rasa tidak selesa.
Kadang-kadang anda juga mungkin boleh terfikir seperti ini
'Eh bongok dan bodohnya lah korang ni. Obvious kot aku lain daripada
korang, disebabkan beberapa perkara yang aku tahu dan pegang. Nanti aku
cerita sebab-sebab tu mahu putus kawan pulak nanti, silap haribulan aku
cakap kat korang hanya sebab nak tunjuk aku lebih hebat dan faham agama'
Kalau jadi macam tu,cepat-cepatlah beristighfar. Always keep your head cool.
Ada peringkat-peringkat dia nak nasihat orang ni.
Allah itu cantik dan Dia sukakan kecantikan. Allah itu adil dan Dia sukakan keadilan. The list goes on..
Tahu tak sebenarnya macam mana cara kita pandang orang lain, macam
itulah yang sebenarnya menggambarkan diri kita. Apabila kita memandang
orang lain dengan penuh hasad dengki, hal yang demikian secara tak
langsung menggambarkan betapa busuknya hati kita. Kalau kita pandang
orang lain dengan kasih sayang, dengan sangkaan-sangkaan yang baik,
mudah-mudahan kita digolongkan dalam orang-orang yang baik. Mungkin
kalau sekarang kita masih jahat, tapi dengan melatih diri kita untuk
bersangka baik dan seumpamanya, kita mengharapkan Allah - Tuhan yang
Maha Halus dan Maha Teliti dalam setiap perkara yang Dia perbuat,
Sebaik-baik Pendidik, akan berkenan menghiasi diri kita dengan
sifat-sifat terpuji dan memudahkan kita mentaati perintah-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya.
Kenapa kita selalu nampak kesalahan orang lain jauh lebih banyak
daripada kita nampak kebaikan seseorang? Nabi pun masih menyuapkan
makanan kepada nenek tua buta yang selalu sahaja mencela Nabi di hadapan
baginda sendiri.
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan
perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu)
dengan cara yang lebih baik dan apabila engkau berlaku demikian maka
orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan
menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
"Dan sifat
yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh
orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan
diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari
kebahagiaan dunia dan akhirat."
(Fussilat : 34-35)
Jadi antara tanda-tanda orang-orang yang sabar adalah, mereka mampu
menolak kejahatan dengan cara yang baik, dan berdasarkan firman Tuhan,
merekalah orang-orang yang mendapat bahagian besar dari kehidupan dunia
dan akhirat.
Tuhan mengajar kita untuk bersikap optimistik dan percaya kepada
kebesaran-Nya, percaya kepada kuasa yang ada pada-Nya dan percayakan
kehendak-kehendak-Nya yang tak sepatutnya dipungkiri atau dinafikan oleh
sesiapapun. Tuhan menyuruh kita membenarkan yang benar dan menyalahkan
yang salah. Memberikan hukuman sebagaimana yang diperintahkan, tanpa
menambahnya dengan cercaan-cercaan dan hinaan-hinaan yang tak
sepatutnya. Dalam agama ini, hukuman adalah peringatan, sebagai suatu
bentuk pendidikan, bukannya ruang untuk mencaci dan memaki.
Dari Abu Hurairah r.a. lagi, katanya: "Nabi
s.a.w. didatangi oleh sahabat-sahabatnya dengan membawa seorang lelaki
yang telah minum arak. Kemudian beliau bersabda: "Pukullah ia -sebagai
hadnya-." Abu Hurairah berkata: "Di antara kita ada yang
memukul orang itu dengan tangannya, ada pula yang memukulnya dengan
terompah -sandal- nya, bahkan ada yang memukulnya dengan pakaiannya. Setelah orang itu pergi, lalu sebagian orang banyak itu ada yang berkata: "Semoga engkau dihinakan oleh Allah." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan
berkata demikian itu, janganlah engkau semua memberikan pertolongan
kepada syaitan -dengan menghinanya, sehingga ia menjadi ingin minum arak
lagi." (Riwayat Bukhari)
Biodata Penulis
Muhammad Maherilham Alias Merupakan Seorang pelajar tahun akhir di Volgograd State Medical University, Russia. Beliau berkongsi karya di http://maherilham.blogspot.com