Ketika Rasulullah berdakwah ke daerah Thoif, di luar kota Mekah,
dakwah Rasulullah tidak diterima,tetapi apa yang Rasulullah terima
adalah kecaman, penghinaan dan dilempar batu. Rasulullah mencuba untuk
berlindung di sebuah kebun. Ketika Baginda masuk ke kebun itu, tidak ada
lagi orang mengerumun Baginda.Rasulullah mengikatkan untanya pada
sebatang pohon kurma, lalu berteduh di bawah pohon anggur dan duduk di
bawah bayangannya. Rasulullah bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, kepadaMu aku mengadukan kelemahanku, ketidak upayaanku
dan penghinaan yang kuterima dari manusia. Wahai Allah Yang Maha
Pengasih di antara semua yang mengasihi. Kepada siapakah Engkau hendak
menyerahkan diriku? Kepada orang asing yang menyambutku dengan wajah
masam atau kepada musuh yang mengalahkanku? Selama Engkau tidak murka
kepadaku, aku tidak peduli. PerlindunganMu sungguh amat luas bagiku. Aku
berlindung kepada cahaya wajahMu yang menyinari kegelapan dan
menentukan kebaikan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung dari
murkaMu dan sentiasa memohon kepadaMu kerana aku sedar tidak ada daya
dan kekuatan melainkan dariMu semata-mata.”
Tidak berapa lama malaikat datang menghadap Nabi dan berkata, “Ya Rasulullah, aku adalah malaikat pembawa mandat. Dahulu kaum Tsamud yang telah kuhancurkan, demikian juga kaum ‘Ad dan kaum Nuh yang lebih dahulu. Aku juga yang mendapat mandat untuk membalikan negeri Luth dan penduduk Aikah. Semua atas perintah Allah SWT. Hari ini aku membawa mandat dari Allah untuk menghancurkan Bani Tsaqif di bumi Thoif ini. Katakan kepadaku, apa yang harus kulakukan?” Rasulullah Saw. terdiam sebentar dan menjawab, “Katakan pada Allah SWT, jangan lakukan itu semua pada mereka. Mereka melakukan kekejian dan penghinaan terhadapku kerana mereka belum mengerti risalah yang kubawa.”

Rasulullah Saw. kembali ke kota Mekah. Selang beberapa hari kemudian,
berhampiran Kaabah, tempat Rasulullah bermalam pada saat tersebut,
Jibril datang dan berkata, “Ya Muhammad, aku datang membawa mandat dari
Allah untuk menjemput dan membawamu ke Masjid al- Aqsa untuk bertemu
dengan para Rasul Allah dan ke Sidratil Muntaha, tempat Allah
bersemayam. Ini adalah penghormatan bagimu. Belum pernah seorang pun
dari hambaNya mendapatkan penghormatan seperti ini.”
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad….

No comments:
Post a Comment