Posted on the March 6th, 2012 under Luar Negara by admin
Ketua Tertinggi Polis Dubai, Dhohi Khalfan mengugut ulamak terkenal
dunia, Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi di laman Twitternya untuk mengeluarkan
waran tangkap terhadap Syeikh Qardhawi itu ekoran kritikan beliau
terhadap negara Emiriah Arab Bersatu (UAE). Syeikh Qardhawi mengkritik
pimpinan negara tersebut ekoran keputusan kerajaan UAE yang menghantar
pulang rakyat Syria yang menyertai demonstrasi di luar pejabat Konsulat
Syria di Dubai. Ekoran tindakan itu, Syeikh Qardhawi mengkritik negara
UAE sewaktu diwawancara oleh stesen televisyen Al-Jazeera dalam
rancangan “Syariah dan Kehidupan”.
Beliau berkata, ” Pemimpin-pemimpin UAE bukanlah Tuhan bahkan manusia
biasa dan mereka (rakyat Syria tersebut) tidak mempunyai wang. Haram ke
atas mereka diusir sekitar 100 keluarga Syria yang menentang rejim.
Tidak boleh menghalau mereka keluar dari negara dan melucutkan
kerakyatan dari anak watan sendiri, maka saya nasihati mereka (pimpinan
negara UAE) agar bertakwa kepada Allah pada ahli keluarga mereka, apa
yang mereka lakukan terhadap rakyat Syria tersebut, tidak boleh
melakukan manusia lain seperti hamba.”
Pihak berkuasa UAE beberapa hari lalu memansuhkan visa kepada
beberapa orang warganegara Syria yang menetap di negara UAE ekoran
penglibatan mereka dalam satu himpunan anti-Basyar di hadapan pejabat
kedutaan Syria di Dubai.

No comments:
Post a Comment